Prudential BSN Takaful : Apa Itu Insurans Dan Fungsi Insurans?


APA ITU INSURANS ?


Secara mudahnya insurans ialah MEMINDAHKAN risiko/kerugian individu seperti anda atau sebuah organisasi seperti syarikat anda KEPADA SYARIKAT INSURANS. Ini bermakna SYARIKAT INSURANS akan MEMBAYAR segala kerugian yang di tanggung oleh anda.

Termasuklah menanggung anda dan nyawa anda seperti risiko kematian, kesakitan, ketidakupayaan dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan bergantung pada jenis insurans. Anda atau syarikat anda dikenali sebagai pemegang polisi.

Terdapat pelbagai jenis perlindungan yang ditawarkan oleh insurans seperti:

· Polisi Perubatan dan Kesihatan
· Polisi Perjalanan
· Polisi Empunya Rumah
· Polisi Berkaitan Pelaburan
· Polisi Kemalangan Diri dan macam-macam lagi…

Sebagai contoh Insurans Perubatan dan Kesihatan. Insurans ini akan melindungi anda untuk kos rawatan perubatan di hospital swasta yang mungkin mahal macam kos pembedahan atau rawatan khas. Jadi anda tidak perlu bimbang tentang kos untuk dapatkan rawatan. Insurans ni jugak akan membayar anda sejumlah wang tertentu semasa anda menjalani rawatan.


APA ITU TAKAFUL ?

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan Syariah. Anda yang bersetuju untuk menyertai dana takaful dan juga bersetuju untuk saling membantu peserta yang lain sekiranya mengalami kerugian yang ditetapkan. Tapi sebelum tu anda kenalah mencarum sejumlah wang dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’) dan anda perlu memeterai kontrak (aqad).




Jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan dalam takaful adalah seperti:

· Pelan Motor
· Pelan Perubatan dan Kesihatan
· Pelan Keluarga
· Pelan Kemalangan Diri dan macam-macam lagi…

Kalau Takaful/Pelan Perubatan dan Kesihatan, lebih kurang sama dengan Insurans/Polisi Perubatan dan Kesihatan di mana ia akan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian. Dalam kedua-dua insurans dan takaful ni ada jenis-jenis perlindungan yang anda perlu pilih mengikut kesesuaian dan keperluan serta kemampuan anda.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan atau keuntungan daripada dana takaful berdasarkan nisbah yang anda telah persetujui itu pun jika anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.


No comments:

Post a Comment