Produk - Takaful Puteri



Penghargaan kepada Kaum Wanita

Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuhi pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapai beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang di hadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN Takaful, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu plan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul


Memperkenalkan Takaful Puteri

Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita. Rider ini boleh dikaitkan dengan Plan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua plan yang istimewa :-


1-Takaful Puteri
Plan ini memberi anda perlindungan terhadap pelbagai penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.


2-Takaful Puteri Plus
Plan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain daripada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.




Pelan Takaful Puteri menawarkan :
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)

MANFAAT PENJAGAAN WANITA

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
Kanser berkaitan wanita

Kanser payudara atau
Kanser Uterus Serviks atau
Kanser Tiub Falapio atau
Kanser Ovari atau
Kanser Uterus atau
Kanser Vagina/Vulva

atau

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.

B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis

MANFAAT PENJAGAAN IBU

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar
Komplikasi Kehamilan

Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
Kehamilan Ektopik atau
Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi

Sindrom Down atau
Kecacatan Vetrikel Septum atau
Kecacatan Atrium Septum atau
Spina Bifida atau
Lelangit Rekah

Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota :
Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan.

Siapakah yang layak untuk menyertai Takaful Puteri?
Peserta wanita yang mempunyai Plan Takafulink yang sedia ada adalah layak untuk memohon reider Takaful Puteri ini.


Takaful Puteri

Berumur di antara 19 dan 60 tahun pada tarikh lahir akan datang

Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
sekiranya anda ingin menerima perlindungan sehingga umur 60 tahun, umur anda mesti di antara 19 dan 50 tahun

Takaful Puteri Plus

Berumur di antara 19 dan 40 tahun pada tarikh lahir akan datang
Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
Manfaat-manfaat Penjagaan Ibu dibayar sehingga umur 50 tahun sahaja


No comments:

Post a Comment